Bagaimana mengirakan Nilai Notional untuk CFD?

Apabila anda meletakkan Perdagangan CFD dengan FXCM, anda menggunakan leverage* untuk mengawal lebih banyak wang daripada anda sebernarnya perlu meletakkan untuk perdagangan(margin). Contohnya, jika anda meletakkan perdagangan pada GER30 (DAX) hari ini – katakanlah, untuk satu kontrak – anda hanya memerlukan margin sekitar 14 euro. Tetapi, GER30 (DAX) kini diperdagangan pada 12,605. Berapa wang sebenarnya anda kawalan? Itulah persoalan Nilai Notional mula dimainkan.

Nilai Notional adalah nilai keseluruhan aset leveraged. Kerana CFD adalah leverage, apabila pedagang membuka posisi CFD, FXCM mengetepikan sabagian ekuiti akaun pedagang sebagai deposit margin. Tetapi, margin hanyalah sebahagian daripada jumlah yang sebenarnya dikawal. Amaun yang dikendalikan daripada pedagang adalah Nilai Notional:

Nilai Notional = (Harga Aset Semasa * Pengganda) * (Saiz Kontrak)

Sejak FXCM mikronisasi kontrak CFD, menggunakan pengganda dalam persamaan Nilai Notional adalah wajib. Kenapa ini? Kerana kontrak FXCM, adalah sebahagian kecil daripada kontrak ijon yang penuh dan mempunyai harga yang per titik yang berbeza atau harga per pip yang berbeza daripada kontak ijon.

Pengganda adalah amaun yang pedagang akan mendapat per 1 kontrak jika instrument bergerak satu titik.

Titik adalah perubanhan dalam nombor terakhir instrumen sebelum tempat perpuluhan.

Penting diperhatikan satu titilk bergerak dan satu pip bergerak bukan semestinya sama.

Nilai Notional adalah dikira dalam mata wang kauter instrumen, untuk menukar ke denominasi akaun pedagang mesti membiak/membahagi gunakan kadar semada FX (lihat contoh 3 di bawah).

Produk Pengganda Mata Wang Kaunter Instrumen
AUS200 0.1 AUD
Bund 10 EUR
CHN50 0.1 USD
Tembaga 100 USD
ESP35 0.1 EUR
EUSTX50 0.1 EUR
FRA40 0.1 EUR
GER30 0.1 EUR
HKG33 1 HKD
JPN225 1 Yen
NAS100 0.1 USD
NGAS 100 USD
SOYF 1 USD
JAGUNG 1 USD
GANDUM 1 USD
SPX500 1 USD
UK100 0.1 GBP
UKOil 10 USD
UKOilSpot 10 USD
US30 0.1 USD
US2000 1 USD
USOil 10 USD
USOilSpot 10 USD
XAG/USD 1 USD
XAU/USD 1 USD
BTC/USD 0.01 USD
ETH/USD 0.1 USD
LTC/USD 1 USD
BCH/USD 0.1 USD
XRP/USD 1 USD

Contoh 1:

Seorang pedagang mempunyai 5 kontrak SPX500. Akaunnya adalah dalam nilai USD. TAWARAN (BID) untuk SPX500 adalah 2,270.93. Pengganda untuk SPX500 adalah 1. SPX500 adalah dalam nilai USD.

SPX500 Nilai Notional = (Harga Semasa SPX500 * Pengganda) * (Saiz Kontrak)
SPX500 Nilai Notional = ($ 2,270.93 *1) * (5)
SPX500 Nilai Notional = $ 11,354.65

Pedagang mengawal $ 11,354.65 dalam SPX500.

Contoh 2:

Seorang pedagang mempunyai 5 kontrak NAS100. Akaunnya adalah dalam nilai USD. TAWARAN (BID) untuk NAS100 adalah 5,041.90. Pengganda untuk NAS100 adalah 0.1. NAS100 adalah dalam nilai USD.

NAS100 Nilai Notional = (Harga Semasa NAS100 * Pengganda) * (Saiz Kontrak)
NAS100 Nilai Notional = ($ 5,041.90 * 0.1) * (5)
NAS100 Nilai Notional = $ 2,520.95

Pedagang mengawal $ 2,520.95 dalam NAS100.

Contoh 3:

Seorang pedagang mempunyai 5 kontrak ESP35. Akaunnya adalah dalam nilai USD. TAWARAN (BID) untuk ESP35 adalah 9,416.00. Pengganda untuk ESP35 adalah 0.1. ESP35 adalah dalan nilai EUR. Kurs Konversi untuk EUR/USD ialah 1.12528.

ESP35 Nilai Notional = ((Harga Semasa ESP35 * Pengganda) * (Saiz Kontrak))*(Kurs Konversi)
ESP35 Nilai Notional = ((€9,416.00 * 0.1) * (5)) * (1.12528)
ESP35 Nilai Notional = $ 5,297.8182

Pedagang mengawal $ 5,297.81 dalam ESP35.

*Leverage dapat meningkatkan keuntungan dan juga kerugian.