Terma dan Syarat Laman Web
Terma dan Syarat Laman Web ini telah diubahsuai pada Ogos 2020.
Kumpulan syarikat FXCM (secara kolektif dikenali sebagai "FXCM") dengan sukacitanya menyediakan maklumat, kandungan, alat, produk, dan perkhidmatan di Laman Web FXCM kepada anda (istilah "Laman Web FXCM" merujuk kepada semua laman web FXCM, serta kandungannya termasuk produk dan perkhidmatan). Terma dan Syarat Laman Web ini juga merangkumi pendedahan penting dan maklumat berkaitan dengan produk dan perkhidmatan tertentu. Penggunaan anda terhadap Laman Web FXCM tertakluk kepada Terma dan Syarat Laman Web ini.
Terma dan Syarat Laman Web ini merupakan perjanjian terikat antara anda dan FXCM. Akses anda kepada dan penggunaan laman web ini merupakan penerimaan anda terhadap Terma dan Syarat Laman Web ini dan notis undang-undang dan penyataan lain yang terkandung di dalam laman web ini. Penggunaan anda terhadap Laman Web FXCM dikawal oleh versi Terma dan Syarat Laman Web yang berkuat kuasa pada tarikh setiap Laman Web FXCM diakses oleh anda.
FXCM boleh mengubahsuai Terma dan Syarat Laman Web ini pada bila-bila masa dan tanpa notis terlebih dahulu. Anda perlu mengkaji versi Terma dan Syarat Laman Web yang paling semasa dengan melawat Laman Web FXCM dan mengklik pautan Terma dan Syarat Laman Web yang terletak di bahagian bawah halaman. Akses anda yang berterusan kepada dan penggunaan laman web ini merupakan penerimaan anda terhadap Terma dan Syarat Laman Web ini yang telah diubahsuai. Satu-satunya notis mengenai perubahan atau pengubahsuaian kepada Terma dan Syarat Laman Web ini akan melalui penerbitan semula Terma dan Syarat Laman Web yang telah dikemaskini di laman web ini; FXCM tidak akan memaklumkan kepada anda secara berasingan tentang sebarang perubahan atau pengubahsuaian.
Terma dan Syarat Laman Web ini adalah tambahan kepada sebarang perjanjian lain antara anda dan FXCM, termasuk sebarang perjanjian pelanggan atau akaun, dan perjanjian lain yang mengawal penggunaan anda terhadap maklumat, kandungan, alat, produk, dan perkhidmatan yang tersedia di dalam dan melalui Laman Web FXCM.
PENGGUNAAN LAMAN WEB FXCM
Laman Web FXCM adalah bertujuan untuk penggunaan peribadi anda, tanpa tujuan komersial, melainkan jika anda dan FXCM bersetuju sebaliknya secara bertulis.
PENGEDARAN DAN TANGGUNGJAWAB PELAWAT
Maklumat di laman web ini tidak bertujuan untuk diedarkan kepada, atau digunakan oleh, mana-mana individu dalam mana-mana negara atau bidang kuasa yang pengedaran atau penggunaan sedemikian akan bercanggah dengan undang-undang atau peraturan tempatan. Tiada perkhidmatan atau produk yang dirujuk di Laman Web FXCM tersedia kepada individu yang tinggal di mana-mana negara yang penyediaan perkhidmatan atau produk sedemikian akan bercanggah dengan undang-undang atau peraturan tempatan.
Adalah menjadi tanggungjawab pelawat yang ke laman web ini untuk mengesahkan terma dan mematuhi mana-mana undang-undang atau peraturan tempatan yang mereka tertakluk. Tiada apa-apa di Laman Web FXCM harus dianggap sebagai rayuan untuk membeli atau tawaran untuk menjual apa-apa produk atau perkhidmatan kepada mana-mana individu dalam mana-mana bidang kuasa yang tawaran, rayuan, pembelian, atau penjualan sedemikian akan melanggar undang-undang bidang kuasa tersebut.
HAD TERHADAP PANDUAN PELABURAN DAN NASIHAT PROFESIONAL
Laman Web FXCM tidak bertujuan untuk menyediakan nasihat perundangan, cukai, atau pelaburan. Anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk menentukan sama ada mana-mana pelaburan, strategi pelaburan, atau transaksi yang berkaitan sesuai untuk anda berdasarkan objektif pelaburan peribadi anda, keadaan kewangan, dan toleransi risiko anda. Anda harus berunding dengan pakar perundangan atau cukai berkenaan situasi anda yang khusus.
HARTA INTELEK
Laman Web FXCM dilindungi oleh undang-undang harta intelek yang berkenaan. Kecuali sebagaimana dinyatakan secara eksplisit di sini, anda tidak boleh, tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu dari FXCM, mengubah suai, mengedit, menghasilkan semula, mengedarkan, atau mengeksplotasi secara komersial mana-mana bahan, termasuk teks, grafik, video, audio, kod perisian, reka bentuk antara muka pengguna, atau logo, dari laman web ini atau mana-mana Laman Web FXCM.
Jika anda menghubungkan dari laman web lain ke Laman Web FXCM, laman web anda, serta pautan itu sendiri, tidak boleh, tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu dari FXCM, menyarankan bahawa FXCM menyokong, menaja, atau berkaitan dengan mana-mana laman web, entiti, perkhidmatan, atau produk yang bukan milik FXCM, dan tidak boleh menggunakan mana-mana tanda dagangan FXCM kecuali yang terkandung dalam teks pautan tersebut.
Laman Web FXCM, terkecuali kandungan pihak ketiga, adalah karya asal yang diterbitkan oleh FXCM. FXCM mempunyai hak eksklusif untuk menghasilkan semula, memaparkan, menyediakan karya terbitan atau mengedarkan. Nama-nama, logo, tanda dagangan, hak cipta, dan semua hak harta intelek lain dalam semua bahan dan perisian di laman web ini dimiliki oleh FXCM atau pemberi lesennya. Semua bahan yang dimiliki oleh pihak pihak ketiga yang terdapat di laman web ini diterbit semula dengan kebenaran pemilik-pemilik berkenaan.
TERBATAL SEKIRANYA ADA LARANGAN
Walaupun Laman Web FXCM termasuk produk dan perkhidmatan boleh diakses di seluruh dunia, tidak semua ciri produk atau perkhidmatan yang dibincangkan, dirujuk, disediakan, atau ditawarkan melalui atau di dalam Laman Web boleh didapati kepada semua individu atau di semua bidang kuasa, atau sesuai atau ada untuk digunakan dalam bidang kuasa tertentu. FXCM berhak untuk membataskan, atas budi bicaranya sendiri, produk dan perkhidmatan yang tersedia, peruntukan, dan kuantiti kepada mana-mana individu.
KETERSEDIAAN KANDUNGAN
FXCM berhak untuk mengubah kandungan, produk, dan perkhidmatan (termasuk kelayakan untuk ciri, produk, dan/atau perkhidmatan tertentu) tanpa notis.
KANDUNGAN PIHAK KETIGA DAN PENYELIDIKAN
Laman Web FXCM mungkin merangkumi berita dan maklumat umum, komen, alat interaktif, petikan, laporan penyelidikan, dan data berkenaan dengan pasaran pertukaran asing, pasaran kewangan lain, dan subjek lain.
Sesetengah daripada kandungan ini mungkin disediakan oleh syarikat-syarikat yang tidak berkaitan dengan mana-mana Entiti FXCM ("Kandungan Pihak Ketiga"). Sumber semua Kandungan Pihak Ketiga dikenal pasti dengan jelas dan menonjol di Laman Web FXCM.
Kandungan Pihak Ketiga mungkin boleh diakses melalui kawasan bertataran, melalui hiperpautan ke laman web pihak ketiga, atau diterbitkan di laman web. Kandungan Pihak Ketiga dilindungi oleh undang-undang harta intelek yang berkenaan dan perjanjian antarabangsa dan dimiliki oleh penyedia Kandungan Pihak Ketiga yang dikreditkan.
FXCM tidak secara eksplisit atau secara tersirat memperakukan atau meluluskan Kandungan Pihak Ketiga sedemikian. Penyedia Kandungan Pihak Ketiga tidak secara tersirat atau secara eksplisit memperakukan atau meluluskan Kandungan Pihak Ketiga, dan kandungan mereka tidak patut ditafsirkan sebagai nasihat perundangan, cukai, atau pelaburan.
Walaupun FXCM berusaha untuk memberikan maklumat yang tepat dan tepat pada masanya untuk memenuhi keperluan pengguna, FXCM dan penyedia Kandungan Pihak Ketiga tidak boleh memberikan jaminan akan ketepatannya, ketepatan masanya, kelengkapannya, atau kegunaannya, dan tidak bertanggungjawab atau bertanggungan atas sebarang kandungan tersebut, termasuk apa-apa iklan, produk, atau bahan lain di atau yang tersedia dari laman web pihak ketiga. Kandungan Pihak Ketiga hanya disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan FXCM serta penyedia Kandungan Pihak Ketiga secara khusus menafikan sebarang liabiliti untuk Kandungan Pihak Ketiga yang tersedia di laman web ini. Anda akan menggunakan Kandungan Pihak Ketiga hanya atas risiko anda sendiri. Kandungan pihak ketiga disediakan atas asas "seadanya". Penyedia Kandungan Pihak Ketiga secara khusus menafikan semua jaminan apa jua jenis, sama ada secara tersirat atau eksplisit, termasuk tanpa batasan apa-apa jaminan yang berkaitan dengan kelayakan untuk dijual, kesesuaian untuk tujuan tertentu, atau tidak melanggar.
Penyedia Kandungan Pihak Ketiga dan induk, anak syarikat, anak cawangan, penyedia perkhidmatan, pemberi lesen, pegawai, pengarah, atau pekerja mereka tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kerosakan langsung, tidak langsung, tidak sengaja, khas, atau konsekuensial yang timbul daripada atau berkaitan dengan penggunaan atau ketidakupayaan untuk menggunakan Kandungan Pihak Ketiga, termasuk tetapi tidak terhad kepada kerosakan untuk kehilangan keuntungan, penggunaan, data atau kerosakan tak berwujud lain, walaupun pihak tersebut telah diberitahu mengenai kemungkinan kerosakan tersebut.
KETEPATAN MAKLUMAT
Walaupun FXCM telah mengusahakan untuk memastikan ketepatan maklumat di laman web ini, maklumat dan kandungan di laman web ini tertakluk kepada perubahan tanpa notis dan disediakan semata-mata untuk membantu pedagang membuat keputusan pelaburan secara mandiri. FXCM telah mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk memastikan ketepatan maklumat di Laman Web. Walaupun demikian, FXCM tidak menjamin ketepatannya dan tidak akan menerima liabiliti atas sebarang kerugian atau kerosakan yang mungkin timbul secara langsung atau tidak langsung daripada kandungan atau ketidakupayaan anda untuk mengakses Laman Web, untuk sebarang kelewatan atau kegagalan penghantaran atau penerimaan mana-mana arahan atau pemberitahuan yang dihantar melalui Laman Web ini.
Kesemua kandungan di Laman Web FXCM hanya disajikan sejak tarikh diterbitkan atau ditunjukkan, dan mungkin boleh digantikan oleh peristiwa pasaran seterusnya atau atas sebab-sebab lain. Selain itu, anda bertanggungjawab untuk menetapkan tetapan cache pada pelayar anda untuk memastikan anda menerima data yang paling semasa..
PENGGUNAAN YANG DILARANG
Oleh sebab semua pelayan mempunyai kapasiti terhad dan digunakan oleh banyak orang, jangan menggunakan Laman Web FXCM dalam apa-apa cara yang boleh merosakkan atau memberatkan mana-mana pelayan FXCM, atau mana-mana rangkaian yang bersambung dengan mana-mana pelayan FXCM . Jangan menggunakan Laman Web FXCM dalam apa-apa cara yang akan mengganggu penggunaan pihak lain terhadap Laman Web FXCM.
PENGGUNAAN PAUTAN
Laman web FXCM mungkin mengandungi pautan ke laman web yang dioperasikan oleh pihak lain. FXCM tidak mengawal kandungan atau ketepatan maklumat di laman web tersebut dan juga tidak memperakukan bahan yang ditempatkan di laman web tersebut. Pautan ini disediakan untuk rujukan anda sahaja dan FXCM mengecualikan semua liabiliti dan tanggungjawab terhadap kandungan atau operasi laman web pihak ketiga ini.
PENGECUALIAN JAMINAN
FXCM tidak memberikan sebarang jaminan yang nyata atau tersirat mengenai laman web FXCM, termasuk tetapi tidak terhad kepada jaminan tersirat mengenai kelayakan untuk dijual, kesesuaian untuk tujuan tertentu, atau tidak melanggar. Laman web FXCM disediakan kepada anda "sebagaimana adanya" dan "sebagaimana tersedia" dan FXCM tidak menjamin bahawa sebarang kecacatan atau ketidaktepatan akan diperbetulkan.
FXCM tidak menjamin bahawa laman web FXCM akan memenuhi keperluan anda, atau bahawa ia akan tidak terganggu, tepat pada masanya, selamat atau bebas daripada ralat. FXCM juga tidak memberikan jaminan bahawa hasil yang diperoleh daripada penggunaan laman web FXCM akan tepat atau boleh dipercayai, atau bahawa kualiti sebarang produk, perkhidmatan, maklumat, atau bahan lain yang dibeli atau diperoleh oleh anda melalui laman web FXCM akan memenuhi jangkaan anda.
PENAFIAN DAN HAD LIABILITI
TSejauh mana yang dibenarkan oleh undang-undang, FXCM tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan yang menyusul, tidak sengaja, khas, langsung, atau tidak langsung (termasuk tetapi tidak terhad kepada kehilangan keuntungan, kerugian dagangan, atau kerosakan yang berlaku daripada penggunaan atau kehilangan penggunaan laman web FXCM dan kandungan pihak ketiga, kesusahan atau kelewatan). Ini adalah benar walaupun jika FXCM telah diberitahu mengenai kemungkinan kerosakan atau kerugian sedemikian.
Kecuali sebagaimana dikehendaki oleh undang-undang lain, FXCM tidak akan bertanggungjawab kepada anda atau orang lain atas sebarang kerugian yang berpunca daripada sebab yang tidak terkawal oleh FXCM. Ini termasuk kegagalan peralatan elektronik atau mekanikal atau talian komunikasi (termasuk telefon, kabel, dan internet), akses yang tidak sah, virus, pencurian, ralat operator, cuaca yang terlalu teruk atau luar biasa (termasuk banjir, gempa bumi, atau bencana alam lain), kebakaran, peperangan, pemberontakan, tindakan pengganas, rusuhan, perselisihan buruh dan masalah buruh lain, kemalangan, kecemasan atau tindakan kerajaan.
Jika anda tinggal di negeri, negara, atau bidang kuasa yang tidak membenarkan had atau penafian tanggungjawab atau kerosakan tidak langsung atau akibat, sebahagian atau keseluruhan daripada had dan penafian ini mungkin tidak terpakai kepada anda.
PERLINDUNGAN
Sebagai syarat penggunaan Laman Web FXCM, anda bersetuju untuk melindungi dan membebaskan FXCM dan penyedia Kandungan Pihak Ketiga daripada sebarang tuntutan, kerugian, tanggungjawab, kos, dan belanja (termasuk tetapi tidak terhad kepada yuran peguam) yang timbul daripada penggunaan anda terhadap Laman Web FXCM, atau daripada pelanggaran anda terhadap Terma ini.
KERAHSIAAN
Anda diwajibkan untuk menjaga nombor akaun dan kata laluan FXCM anda dengan sulit. Anda mengakui dan bersetuju bahawa mana-mana arahan atau komunikasi yang dihantar kepada anda atau bagi pihak anda melalui mana-mana Laman Web FXCM adalah pada risiko anda sendiri. Anda memberi kuasa kepada FXCM untuk bergantung dan bertindak mengikut, dan menganggap sepenuhnya arahan yang diberikan oleh anda atau bagi pihak anda oleh mana-mana ejen atau perantara yang FXCM percayai dengan suci hati telah diberi kuasa dengan sewajarnya oleh anda. Anda mengakui dan bersetuju bahawa FXCM berhak untuk bergantung kepada nombor akaun dan/atau kata laluan anda untuk mengenal pasti anda dan bersetuju anda tidak akan mendedahkan maklumat ini kepada mana-mana pihak yang tidak diberi kuasa dengan sewajarnya oleh anda.
PENAMATAN
FXCM berhak untuk menamatkan penggunaan Laman Web FXCM oleh anda pada bila-bila masa, atas sebab apa pun, dengan atau tanpa sebab dan tanpa notis terlebih dahulu.
KEBOLEHASINGAN
Jika atas sebab apa pun mana-mana peruntukan Terma dan Syarat Laman Web ini dianggap tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan, peruntukan tersebut akan dikuatkuasakan sejauh yang paling boleh diterima, dan peruntukan yang masih ada akan terus berkuatkuasa sepenuhnya.
UNDANG-UNDANG DAN BIDANG KUASA YANG MEMERINTAH
Perjanjian ini diatur oleh dan ditafsirkan mengikut undang-undang Saint Vincent dan Grenadines. Mahkamah-mahkamah di England mempunyai bidang kuasa eksklusif untuk menyelesaikan sebarang pertikaian yang timbul berkaitan dengan Perjanjian ini dan baik kami maupun anda tunduk kepada bidang kuasa mahkamah-mahkamah di England dan Wales.