Kelebihan dan Kekurangan Perdagangan Kriptowangan
Kategori: Dagangan Kripto  
Tag: Kriptowangan  
Tarikh terbitkan: 2023-11-17
Kriptowangansemakin mendapat populariti di Malaysia. Ia mempunyai potensi untuk mengubah cara kita membayar barang dan perkhidmatan serta wujudnya struktur kewangan tradisional. Jika anda telah tertanya-tanya mengenai kehebatan kriptowangan, jangan risau! Kami di sini untuk membantu anda memahami kelebihan dan kekurangan perdagangan kriptowangan dalam artikel ini.
Jadual Kandungan
Kelebihan Perdagangan Kriptowangan
- Selamat dan Terjamin
- Akses Mudah
- Perlindungan dari Inflasi
- Likuiditi Tinggi
Kekurangan Perdagangan Kriptowangan
- Memerlukan Masa dan Usaha yang Banyak untuk Belajar
- Volatiliti Tinggi
- Ketidakwujudan Regulasi
- Keselamatan Pertukaran Kriptowangan
Kesimpulan
Kelebihan Perdagangan Kriptowangan
Selamat dan Terjamin
Kriptowangan menggunakan teknologi kriptografi untuk membentuk sistem terdesentralisasi bagi merekodkan transaksi dan mengeluarkan unit-unit baru. Transaksi kewangan adalah berdasarkan teknologi blockchain yang membolehkan transaksi kewangan yang telus bagi semua orang, membenarkan cara pembayaran yang selamat kepada pengguna. Berbeza dengan menggunakan sistem terpusat seperti bank sebagai perantara, kriptowangan tidak berkaitan dengan akaun bank dan tidak memerlukan sebarang maklumat peribadi semasa berurusan dengan transaksi, memberikan privasi dan keselamatan kepada pengguna.
Walau bagaimanapun, satu perkara yang perlu diingatkan adalah menggunakan pertukaran kripto tidak seaman seperti yang ramai orang fikirkan. Banyak kejadian seperti kecurian kriptowangan adalah disebabkan oleh pelanggaran keselamatan pertukaran kripto dan beberapa kes lain seperti tertipu dengan penipuan phishing. Oleh itu, lebih baik menggunakan dompet digital anda sendiri untuk menyimpan kriptowangan bagi memastikan keselamatan. Tanpa mengetahui kunci peribadi kepada dompet kripto, ia menawarkan kekebalan terhadap penggodaman dan penipuan.
Akses Mudah
Kriptowangan seperti Bitcoin menawarkan perdagangan universal yang tersedia kepada semua orang, tanpa mengira lokasi atau kedudukan kewangan mereka. Melalui aplikasi mudah alih dan dompet digital mereka, orang boleh membeli dan menjual kriptowangan dengan mudah, 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Ini adalah salah satu kelebihan utama perdagangan dengan kripto, kerana ia bergantung kepada pentadbiran terdesentralisasi, bermakna tiada kuasa pusat untuk memastikan keselamatan dan kestabilan pasaran. Ini menjadikan transaksi kriptowangan pantas dan mudah, dan membolehkan pedagang dari seluruh dunia bekerja bersama tanpa campur tangan.
Ini telah menjadikan kriptowangan sebagai salah satu pilihan pelaburan yang paling popular dalam beberapa tahun terakhir, kerana ia membolehkan sesiapa sahaja mengambil bahagian dalam pasaran pada bila-bila masa. Selain itu, kerana kriptowangan juka buka pada masa 24 jam sehari dan 7 hari seminggu, mereka menjadi alat yang hebat untuk perkhidmatan mikrokewangan dan pelaburan bukan tradisional lain.
Perlindungan dari Inflasi
Semua kriptowangan mempunyai had bekalan terhad, seperti Bitcoin, Ethereum, Litecoin, dan lain-lain. Mereka dianggap sebagai perlindungan baik terhadap inflasi. Untuk menjelaskan, inflasi berlaku disebabkan oleh bank pusat dan kerajaan mencetak lebih banyak wang, menyebabkan wang kehilangan nilai kerana lebih banyak wang dicetak, bermakna untuk barang dan perkhidmatan yang sama, akan memerlukan lebih banyak wang untuk membeli kerana nilai wang menurun.
Walau bagaimanapun, kerana mata wang kriptowangan mempunyai jumlah bekalan yang tetap, ini menyebabkan lebih banyak dolar mengejar bekalan tetap koin, menjadikan harga setiap koin dalam dolar meningkat. Oleh itu, perdagangan kriptowangan dapat berfungsi sebagai perlindungan terhadap inflasi kerana tidak ada inflasi yang berlaku kepada kriptowangan dengan bekalan koin yang terhad.
Likuiditi Tinggi
Kriptowangan merupakan pelaburan yang berisiko tinggi. Volatilitinya menjadikannya sesuai untuk pedagang yang ingin mendapatkan keuntungan cepat, tetapi ia juga boleh menjadi pelaburan yang berisiko bagi mereka yang tidak berpengalaman dalam pasaran. Volatiliti kriptowangan adalah faktor yang menyebabkan ia mempunyai likuiditi yang sangat tinggi.
Likuiditi tinggi adalah salah satu sebab mengapa perdagangan kriptowangan adalah keputusan bijak. Likuiditi merujuk kepada seberapa cepat dan mudah kriptowangan boleh ditukarkan kembali kepada wang tunai. Dengan berdagang atau melabur dalam kriptowangan, ia boleh berfungsi sebagai kaedah "menyimpan wang" yang lebih baik daripada meletakkan wang dalam simpanan.
Apabila inflasi berlaku, wang dalam simpanan akan mula menurun nilai, jadi mengapa tidak berdagang atau melabur dalam kriptowangan untuk mengatasi inflasi. Dengan likuiditi tinggi, pelabur boleh mendapatkan kembali wang mereka untuk tujuan kecemasan dengan mudah.
Bagi perbezahan dengan saham-saham lain yang mempunyai likuiditi yang lebih rendah, ia boleh mengambil masa hingga minggu atau malah bulan untuk ditukar kembali kepada wang tunai. Ia boleh menjadi berbahaya jika wang diperlukan dengan segera. Oleh itu, likuiditi tinggi dalam perdagangan kriptowangan adalah salah satu kelebihan utamanya untuk menangani kes-kes tertentu yang memerlukan tindakan segera.
Kekurangan Perdagangan Kriptowangan
Memerlukan Masa dan Usaha yang Banyak untuk Belajar
Kriptowangan mungkin agak membingungkan bagi mereka yang bukan dari kalangan digital natif. Tetapi jika anda bersedia untuk cabaran itu, memahami bagaimana perdagangan dan melabur dalam kriptowangan berfungsi boleh memakan masa tetapi memberi ganjaran.
FXCM telah mencipta catatan blog yang membantu anda memulakan. Semua yang anda perlu tahu tentang kriptowanganboleh didapati di blog kami untuk membantu anda mempelajari lebih lanjut tentang perdagangan kriptowangan.
Volatiliti Tinggi
Perdagangan kriptowangan boleh menjadi pedang bermata dua, walaupun ia mungkin menawarkan ganjaran yang lebih cepat dan tinggi dalam jangka masa pendek, ia juga boleh berisiko kerana anda mengambil peluang untuk menang ganda atau kalah ganda.
Sifat volatiliti tinggi dalam perdagangan kriptowangan adalah apa yang menjadikannya berisiko tanpa strategi pengurusan risiko yang betul dan kemahiran pelaburan profesional. Malah pakar-pakar juga mengalami risiko kehilangan wang disebabkan situasi yang tidak dapat diramalkan, apatah lagi para pemula. Oleh itu, adalah sangat penting untuk mempelajari lebih lanjut tentang perdagangan kriptowangan sebelum terlibat dalam dunia ini.
Sebagai cadangan, para pemula boleh membuka akaun demo di FXCM untuk memulakan perdagangan kripto tanpa menggunakan wang terlebih dahulu untuk memahami bagaimana ia berfungsi dan menangani kelemahan-kelemahan.
Ketidaktepatan Regulasi
Kriptowangantelah mendapat banyak perhatian dalam beberapa tahun terakhir. Namun, ketiadaan pengawalseliaan membuatnya rentan kepada penyalahgunaan. Sementara sesetengah orang percaya bahawa kekurangan pengawasan ini memberikan peluang kepada pelabur, yang lain bimbang tentang keselamatan dan kestabilan sistem. Jika tidak ada badan pengawal yang mengawal kriptowangan, orang beranggapan bahawa terdapat risiko sistem "runtuh".
Oleh kerana ketiadaan pengawalan, terdapat juga peningkatan jumlah orang yang menggunakan kriptowangan dalam aktiviti jenayah. Ini disebabkan oleh anonimiti dan privasi yang dikekalkan apabila berdagang kriptowangan, menjadikan lebih sukar untuk menjejaki penjenayah.
Keselamatan Pertukaran Kriptowangan
Pertukaran kriptowangan adalah tempat di mana kriptowangan boleh didagangkan dan dibeli. Walaupun sebelum ini disebut bahawa kriptowangan adalah selamat, tetapi itu hanya berlaku jika anda menyimpan kriptowangan anda dalam dompet kripto anda dan jangan pernah mendedahkan kunci peribadi anda dalam apa jua keadaan.
Banyak kes di mana kriptowangan dihack disebabkan oleh pelanggaran keselamatan pertukaran kripto. Terdapat laporan mengenai pencerobohan ke dalam akaun pertukaran kripto, menyebabkan orang kehilangan jutaan dolar. Oleh itu, adalah sangat penting untuk memilih pertukaran kripto yang baik dengan siberkeselamatan yang sangat terjamin untuk mengelakkan isu ini.
Terdapat pilihan untuk memilih pertukaran kripto atau broker kripto sebagai platform untuk berdagang kriptowangan. Walaupun mereka mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing, broker biasanya menawarkan lebih banyak panduan dan keselamatan daripada pertukaran kripto dengan mengenakan lebih banyak yuran pengguna. Walau bagaimanapun, ia berbaloi kerana mempunyai keselamatan yang lebih baik dengan kos tambahan yang sedikit. Sebagai contoh, FXCM adalah salah satu broker kripto terkemuka yang menawarkan keselamatan yang tinggi dan alat profesional untuk perdagangan kripto.
Kesimpulan
Kriptowangan mempunyai banyak perbincangan yang dipertikaikan kerana ia merupakan sistem kewangan yang benar-benar baru, seperti desentralisasi, ketelusan, dan fleksibiliti yang dibawanya. Terdapat banyak kelebihan yang ditawarkan kepada pengguna pada masa ini. Walaupun kriptowangan membawa banyak kelebihan, ia juga membawa banyak kelemahan yang boleh menjadi isu. Oleh itu, adalah ideal untuk memahami risiko yang terlibat sebelum membuat keputusan untuk melabur atau berdagang kriptowangan.
Post seterusnya: Pengenalan kepada Pelaburan Logam Mulia di Malaysia
Post sebelum ini: Panduan Permulaan untuk Dagangan CFD di Malaysia